SERINDIT HILL RETREAT.
Sebuah Penginapan Berinterior Deco Eksklusif di Pinggir Bandar Melaka — Tanpa Hiruk-Pikuk, Tanpa Kesesakan.
Serindit Hill Retreat dicipta untuk mereka yang menghargai ketenangan, keselesaan dan sentuhan kemewahan pada setiap perincian dalam yang kadar penginapan berharga murah mampu.
Terletak hanya beberapa minit dari pusat Bandar Melaka, retreat ini menawarkan akses yang mudah tanpa perlu melalui kesesakan Klebang atau Kota Laksamana. Di sini, anda menikmati kedamaian sebuah lokasi yang tenang, namun masih dekat dengan segalanya — termasuk Taman Riadah Stadium Fatimah yang menjadi pilihan untuk aktiviti santai dan rekreasi.
Masuki ruang dalaman Serindit Hill Retreat yang direka dengan citarasa tinggi:
• Atmosfera cozy berinspirasikan kediaman moden mewah
• Pemilihan dekor premium
• Pencahayaan lembut yang menenangkan
• Suasana eksklusif yang memberikan rasa “private escape”
Retreat ini bukan sekadar tempat bermalam.
Ia adalah percutian peribadi, destinasi untuk mengembalikan ketenangan, dan ruang eksklusif untuk keluarga yang mahukan keselesaan tanpa kompromi.
6-8 guests
3 bedroom 3 queen bed 2 baths
HARGA
Hari Bekerja (Isnin-Khamis)
RM 350 - 1 malam
RM 600 - 2 malam
Hari Minggu (Jumaat-Ahad) Cuti Sekolah, Cuti Umum.
RM 390 - 1 malam
RM 700 - 2 malam
Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Hari Raya Haji
RM 450 - 1 malam
RM 800 - 2 malam
*** Booking fees RM200.
Selesa untuk 6 orang. Maksimum 8 orang yang berumur 2 tahun keatas dan tiada had untuk bawah 2 tahun.
Masa check in 3:00 petang, Masa check out 12:00 petang
AMENITIES.
+ Public Swimming Pool.
+ 3 Bilik Tidur.
Bilik 1 - 1 katil Queen (master bedroom)
Bilik 2 - 1 katil Queen
Bilik 3 - 1 katil Queen
+ Air cond pada semua bilik tidur.
+ Air cond pada living dan kitchen area.
+ 2 bilik air.
+ 6 helai tuala mandi
+ 2 water heater.
+ Free Internet Unify.
+ Android Televisyen, Youtube Premium
+ Coway untuk air minuman panas dan sejuk.
+ Peti Sejuk,
+ Mesin Basuh
+ Dapur masak jenis elektrik induction disediakan untuk kegunaan tetamu.
+ Peralatan untuk memasak.
+ Dapur nasi electric.
+ Blander.
+ Microwave.
+ Pinggan mangkuk, sudu dan cawan.
+ Kipas.
+ Sofa dan meja makan.
TERMA DAN SYARAT.
Pengurusan Serindit Hill Retreat berhak untuk mengubah perjalanan atau membatalkan lawatan kerana cuaca buruk atau keadaan operasi yang tidak dijangka untuk keselamatan tetamu kami. Kami tidak menerima sebarang liabiliti atau kerugian disebabkan kegagalan berkaitan dengan perkhidmatan pihak lain dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kehilangan bagasi atau barangan peribadi, penyakit atau kematian akibat kegiatan yang berada di luar kawalan kami. Tempahan tertakluk kepada ketersediaan bilik.
Haiwan peliharaan tidak dibenarkan. Dadah, alkohol minuman memabukkan dan makanan mengandungi babi tidak dibenarkan. Kebisingan melampau terutama diwaktu malam yg mengganggu jiran tetangga sekitar homestay amatlah dilarang.Aktiviti tidak bermoral adalah dilarang sama sekali, parti atau pesta liar serta apa jua bentuk serupa denganya adalah dilarang. Terdapat CCTV pada kawasan luar untuk pengawasan dan keselamatan.